Tetapi bagaimana dengan haiwan . Inilah saya nak cerita pasal seekor anjing di Jepun . Mungkin anda pernah dengar cerita ini . Sebab cerita ini telah dialihkan ke Novel , anime dan Filem.
Novel tentang Hachiko |
Telah diadaptasi ke Hollywood .Lakonan oleh Richard Gere . |
Hachiko selalu menunggu tuannya di depan pintu rumah setiap pagi untuk menemannya tuannya pergi ke tempat kerja iaitu di University Tokyo . Tetapi tuannya menaiki kereta api . Hachiko cuma dapat meneman tuannya hingga di stesen kereta api (Stesen Shibuya ) dan Hachiko pada kebiasaanya menunggu tuannya pulang di stesen kereta api apabila tuannya selesai urusan kerja . Begitulah rutin harian Hachiko dan tuannya . Jika ada kelapangan tuannya akan membawa Hachiko pergi bersiar -siar di taman dan bermain -main dengan Hachiko . Hubungan Hachiko menjadi rapat dengan tuannya .
Rutin harian mereka diteruskan hinggalah Mei 1925 . Kasih sayang mereka terputus jua apabila pada masa itu professor yang sedang mengajar di Universiti terbabit dan secara tiba-tiba telah diserang angin ahmar . Susulan dari serangan terbabit tuannya telah menghembus nafas yang terakhir . Walaupun tuannya telah meninggal dunia Hachiko masih setia menunggu di stesen kereta api . Kesetiaan pada tuannya tidak berbelah bagi .
Penungguan Hachiko berlarutan hinggalah 10 tahun lamanya . Akhirnya Hachiko tidak lagi berdaya untuk menunggu lagi apabila nyawa Hachiko telah berakhir . Kesetiaan Hachiko telah memberikan seribu makna kepada masyarakat di situ . Ramai orang terharu apabila mengetahui yang Hachiko tetap menunggu walaupun tuannya sudah tiada .
Kini Hachiko telah tiada . Tetapi kita dapat menyaksikan tugu Hachiko di Stesen kereta api Shibuya tempat Hachiko menunggu tuannya .
Tugu Hachiko di Stesen kereta api Shibuya |
Hachiko: A dog story trailer
Kisah Hachiko dapat menyaksikan bagaimana kesetiaan dan kasih sayang yang harus ada pada diri manusia Ini supaya kita dapat mengertikan dan menghargai nilai erti persahabatan . Berbuat baiklah kepada mereka yang berbuat baik pada kita .
Terima kasih sudi baca..