Ahad, 30 September 2012

Azhar idrus(Quote)





hukum bermain catur


Hukum main catur

Soalan:

Assalammualaikum ustaz... saya ingin meminta penjelasan berkenaan riwayat dari kitab MUKASHAFAH AL QULUB KARANGAN IMAMAL-GHAZALI..
saidina ali pernah lalu pada sekelompok orang yang sedang bermain catur. kemudianbeliau berkata \"permainan apa ini yang sangat mengasyikkan? jika salah seorang diantara kamu berjalan di atas bara api, adalah lebih baik dari memeinkannya.\" kemudian beliau berkata, \" demi allah kamu diciptakan bukan untuk ini.\" juga beliau mengatakan \"permainan catur adalah manusia paling banyak dusta.salah seorang mengatakan AKU MATI padahal tidak mati. atau DIA MATI padahal tidak mati\" abu musa asyaari mengatakan,\" tidak akan bermain catur kecuali orang yang salah.\"

nak minta pendapat tentang kedudukan sebenar catur. kalau boleh dengan rujukan kitab HALAL DAN HARAM- DR YUSUF AL-QARADHAWI..

Amir

Jawapan:

Para ulama sudah membicarakan hukum main catur. Dan sebagaimana biasa pendapat mereka tidak sama. Secara ringkasnya kita sebutkan beberapa pendapat mereka.

Pendapat Pertama : Mereka yang mengharamkan main catur.

Mereka adalah jumhur ulama dari kalangan Al-Hanafiyah, Al-Hanabilah dan sebahagian riwayat pendapat Imam Malik ra. Ulama Al-Hanafiyah menetapkan bahwa permainan catur itu hukumnya makruh baik main dadu atau catur. Sedangkan bila permainan itu bercampur dengan unsur judi, atau dilakukan secara rutin atau bahkan sampai meninggalkan pekerjaan yang wajib, maka hukumnya menjadi haram secara ijma`.

Sedangkan Al-Malikiyah mengatakan bahwa permainan tersebut tidak ada kebaikan di dalamnya, hingga sampai pada titik dimana orang yang bermain catur tidak boleh diterima kesaksiannya. Al-Hanabilah mengatakan bahwa permainan catur itu hukumnya haram secara mutlak.

Pendapat Kedua : Mereka yang mengatakan makruh

Pendapat ini didokong oleh para ulama Asy-Syafi`iyyah dan para pengikutnya. Hanya Imam Al-Ghazali mengatakan bahwa hal-hal tersebut menjadi makruh bila dilakukan secara rutin.

Pendapat Ketiga : Mereka yang mengatakan harus.

Ini adalah pendapat para tabiin besar seperti riwayat daripada Abi Yusuf dari Al-Hanafiyah dan mereka memberikan alasan jika permainan itu dimaksudkan untuk melatih otak.

Al-Hafiz Ibnul-Bar berkata bahwa pendapat jumhur fuqoha tentang catur adalah bahwa orang yang memainkannya tanpa ada unsur judi dan dilakukan secara tertutup bersama keluarga sekali dalam sebulan atau setahun dan juga tidak diketahui oleh orang lain maka hukumnya dimaafkan dan tidak haram atau tidak makruh. Tapi jika dia melakukannya secara terang-terangan maka maruah dan keadilannya jatuh sehinggga mengakibatkan kesaksiannya tidak diterima. (Lihat At-Tamhid : 13/183 dan Al-Qurtubi : 8/338.

Diantara orang yang memberikan rukhshah untuk bermain catur selama tidak ada unsur judi adalah : Said bin Musayyab, Said bin Jubair, Muhammad bin Sirin, Urwah bin Zubair, As-Sya`bi, Al-Hasan Al-Bashri, Ali bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib, Ibnu Syihab, Rabi`ah dan Atho` (Lihat At-Tamhid : 13/181).

Pendapat ini juga disepakati oleh Dr. Yusuf Al-Qordhawi dalam kitab Halal dan Haram seperti berikut;

Di antara permainan yang sudah terkenal ialah catur.
Para ahli feqh berbeza pendapat tentang hukumnya, antara harus, makruh dan haram.
Mereka yang mengharamkan beralasan dengan beberapa hadis Nabi s.a.w. Namun para pengkritik dan penyelidiknya menolak dan membatalkannya. Mereka menegaskan, bahwa permainan catur hanya mulai tumbuh di zaman sahabat. Oleh karena itu setiap hadis yang menerangkan tentang catur di zaman Nabi adalah hadis-hadis batil (dhaif).

Para sahabat sendiri berbeza dalam memandang masalah catur ini. Ibnu Umar menganggapnya sama dengan dadu. Sedang Ali memandangnya sama dengan judi. (Mungkin yang dimaksud, iaitu apabila diiringi dengan judi). Sementara ada juga yang berpendapat makruh.

Dan di antara sahabat dan tabi'in ada juga yang menganggapnya harus. Di antara mereka itu ialah: Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisyam bin 'Urwah, Said bin Musayyib dan Said bin Jubair.

Inilah pendapat orang-orang kenamaan dan begitu jugalah pendapat saya. Sebab menurut hukum asal, sebagaimana telah kita ketahui, adalah harus. Sedang dalam hal ini tidak ada satu nas tegas yang menerangkan tentang haramnya. Dan pada catur itu sendiri melebihi permainan dan hiburan biasa. Di dalamnya terdapat semacam senaman otak dan mendidik berfikir. Oleh karena itu tidak dapat disamakan dengan dadu. Dan jesteru itu pula mereka mengatakan: yang menjadi ciri daripada dadu ialah keuntungan(spekulasi), jadi sama dengan azlam (tenung nasib). Sedangkan yang menjadi cirri-ciri dalam permainan catur ialah kecerdasan dan latihan, jadi sama dengan lumba dan memanah.

Namun tentang keharusannya ini, ia ada tiga syarat:

1. Tidak boleh menyebabkan tertundanya solat

2. Tidak boleh bercampur dengan unsur judi

3. Boleh menjaga lisannya ketika sedang bermain untuk tidak bercakap kotor atau membicarakan hal orang lain dan yang sejenisnya.

Kalau ketiga syarat ini tidak dapat dipenuhinya, maka dapat dihukumi haram.
(halal haram dalam Islam : Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi)

Sebagai kesimpulannya, jika kita melihat kepada syarat yang diletakkan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi, iaitu tidak boleh menyebabkan tertundanya solat , tidak terlibat dengan judi dan boleh menjaga lidah ketika bermain catur, siapakah yang boleh menjaga semua ini? Sudah pasti orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t dan orang yang kuat pegangan agamanya sahaja yang boleh melakukannya. Jika yang bermain catur ini adalah orang-orang yang kuat imannya maka mereka perlu menilai semula, apa faedah catur kepada mereka? Adakah dengan bermain catur ini boleh meningkatkan iman kepada Allah s.w.t atau hanya permainan yang membuang masa sahaja. Tidakkah orang-orang yang beriman ini pernah membaca ayat Allah s.w.t dalam surah al-Asr

“1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar”.

Adakah dengan bermain catur termasuk dalam erti kata orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar”.

Jadi pendapat Al-Hafiz Ibnul-Bar yang mengatakan bahwa pendapat jumhur fuqoha tentang catur adalah bahwa orang yang memainkannya tanpa ada unsur judi dan dilakukan secara tertutup bersama keluarga sekali dalam sebulan atau setahun dan juga tidak diketahui oleh orang lain maka hukumnya dimaafkan dan tidak haram atau tidak makruh, boleh diterima pakai oleh orang-orang yang beriman ini, kerana sebagai seorang yang beriman mereka memerlukan banyak masa untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah, seperti meningkatkan ilmu fardu ain dan fardu kifayah, menghadiri majlis ilmu, membaca dan menghafaz al-Quran dan ibadah-ibadah yang lain. Jika orang-orang yang soleh ini sibuk dengan urusan agama, maka siapakah yang akan bermain catur? Sudah pasti orang-orang yang lalai akan bermain catur, apabila orang yang lalai ini bermain catur, adakah mereka boleh menjaga semua syarat ini? Sudah pasti tidak, apabila tidak boleh menjaga syarat ini maka hukumnya….sudah dimaklumi.

Oleh itu, mengelak daripada bermain catur atau yang seumpama dengannya seperti Dam, Domino dan lain-lain yang tidak ada faedah dari segi kesihatan dan agama adalah lebih utama untuk keluar daripad Khilaf ulama.

Wallahu a’lam.

Isnin, 24 September 2012

Tanya sama Pokok


Tanya sama pokok apa sebab goyang,nanti jawab pokok angin yang goncang
Pernah tak adik-adik dengar lagu ni? Bukan versi Hazama dan Meet Uncle Hussein tapi versi tradisional yang lama-lama dulu. Tapi kenyataannya betul kah hanya sebab angin yang goncang? Betullah tu, mari kita ingat siapa pulak yang cipta angin? Mestilah Allah kan, siapa lagi.
Tapi hari ini kita nak berkongsi fakta manarik bukan tentang angin, tetapi tentang pokok. Cuba adik-adik lihat sekeliling kita, ada banyak pohon-pohon menghijau. Kadang-kadang ada juga pokok yang mempunyai daun berwarna merah atau pun sedikit kekuningan. Pernahkah adik-adik tertanya-tanya apa yang menyebabkan daun-daun mempunyai warna yang berbeza?
Struktur daun
Untuk memahami rahsia warna daun, mari kita kenali struktur daun.Tahukah adik-adik bahawa semua benda hidup mempunyai struktur kecil yang membina struktur yang kita nampak?
Dinding yang diperbuat dari batu-bata
Sebagai contoh, dinding yang kita nampak dibuat daripada blok-blok batu bata yang disusun secara sistematik, baju yang kita pakai dibuat daripada helaian-helaian benang yang disusun secara sistematik sehingga menjadi kain.
Begitu juga dengan daun, daun dan benda hidup lain dibuat daripada struktur kecil yang dipanggil sel. Sel-sel ini disusun secara sistematik dan teratur. Subhanallah, hebatkan ciptaan Allah? Allah menyuruh kita sebagai hambanya untuk sentiasa memerhatikan dan mempelajari ciptaanNya yang maha hebat, seperti firmannya dalam Al-Quran dalam surah ‘Abasa ayat 24 dan Surah Ar-Ra’ad ayat 3:
Maksudnya: “Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya”
 
Adik-adik nampak tak kotak-kotak kecil atas permukaan daun ini?

Maksudnya: “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.”
Seperti yang kita bincangkan tadi, daun dibuat daripada struktur kecil yang dipanggil sel. Sel adalah ‘batu-bata’ atau unit kecil yang membina struktur daun yang kita lihat tadi. Sel ini juga adalah kilang kecil yang menjalankan aktiviti menjana tenaga supaya pokok boleh membuat makanan dan terus hidup. Rahsia warna daun terletak pada 2 lokasi di dalam sel iaitu kloroplas dan sitoplasma.mesti adik-adik tertanya-tanya,apa nama pelik-pelik ini bukan?
Rahsia warna daun
Sebenarnya, batu-bata kecil ataupun sel tadi ada banyak komponen.Seperti sebuah kilang,ada komponen yang bertindak sebagai ‘ketua’ dan ada komponen yang bergerak sebagai ‘pekerja’. Adik-adik boleh anggap kloroplas dan sitoplasma sebagai pekerja di dalam kilang ini.
Sel, 'batu bata' kepada semua tumbuh-tumbuhan
Cuba lihat gambar sel di sebelah ini,di situlah lokasi sitoplasma dan juga kloroplas! Sekarang bolehlah kita menjawab persoalan, mengapa daun ada macam-macam warna?
Di dalam ruangan kerja sitoplasma dan kloroplas,ada bahan yang kita panggil pigmen. Pigmen ini lah yang bertanggungjawab memberi warna kepada sesuatu bahan. Untuk pengetahuan adik-adik, pigmen juga boleh dijumpai dalam rambut dan kulit manusia! Walaupun kebanyakan daun berwarna hijau, sebenarnya ada lebih dari satu pigmen warna terkandung dalam daun tersebut. Contohnya, sehelai daun boleh mengandungi pigmen klorofil (menimbulkan warna hijau), pigmen karotenoid (menimbulkan warna jingga,kuning atau merah ) ataupun pigmen antosianin (menimbulkan warna merah atau biru).
Klorofil dan karotenoid boleh ditemui di dalam kloroplas manakala antosianin boleh ditemui di dalam sitoplasma. Walaupun ada banyak warna, hakikatnya kita tak nampak daun yang berwarna tompok-tompok hijau, merah, biru, kuning dan jingga sebab pigmen yang kuat (dominan) akan menutupi sifat pigmen yang lain. Contohnya sekiranya pigmen warna hijau lebih kuat daripada pigmen warna kuning dan merah, maka warna yang timbul pada daun tersebut  ialah hijau! Siapa kuat dialah yang menang kan?
Ada apa lagi dengan pokok?
Sekarang adik-adik sudah memahami dan mengetahui reka bentuk canggih ciptaan Allah di dalam sehelai daun. Jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan. Mari kita sama-sama menjadi hamba Allah yang selalu memikirkan tentang kekuasaan-Nya walaupun ketika kita berbaring, barulah kita boleh jadi bangsa yang hebat dan mendapat reda Allah! Firman Allah dalam Al-Imran ayat 190-191.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
InsyaAllah pada masa akan datang kami akan kongsikan pula sains pokok tanpa daun. Apakah fungsi daun? Bolehkah pokok hidup tanpa daun-daunnya? Semua persoalan ini akan dijawab dalam post kami yang akan datang. Jangan lupa nantikan banyak lagi post menarik yang menyingkap rahsia sains ciptaan Allah, hanya di Innovologi Sains!


Hikmah Pengharaman Babi dalam Islam


Semua orang tahu bahawa memakan babi adalah haram di dalam Islam. Tetapi tahukah kita semua apakah hikmah di sebalik pengharaman ini?
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah : 173)
Berdasarkan ayat ini, jelas ditunjukkan bahawa haram bagi seseorang Muslim untuk makan daging babi atau darahnya atau apa-apa yang datang daripada babi.
1. Pengharaman Darah dan Bangkai :
Adalah pengetahuan umum, darah adalah sejenis najis. Bangkai pula dikaitkan dengan kekotoran. Maka di dalam Islam, sesuatu yang bersifat najis atau kotor, akan membawa kepada kemudaratan kesihatan. Ini merupakan salah satu hikmah di sebalik pengharaman babi.
2. Pengharaman Daging Babi :

Babi atau nama lainnya Khinzir
Mungkin tidak ramai yang sedar, di dalam badan babi terdapat sejenis cacing pita yang di mana ianya tidak dapat dimatikan dengan proses pendidihan. (Seperti daging-daging lain, setelah direbus, cacing-cacing dan kuman yang terdapat dalam daging ini akan dapat dimatikan.) Oleh itu, mereka yang makan babi akan terdedah kepada kewujudan kuman-kuman ini di dalam badannya.
Menurut kajian saintifik pula, daging babi mengandungi kandungan kolesterol yang paling tinggi berbanding daging-daging haiwan lain. Selain itu, darah babi mengandungi kandungan asam urat* yang paling tinggi. Asam urat ini merbahaya kepada manusia kerana ia bakal menimbulkan pelbagai jenis penyakit kepada manusia. Untuk pengetahuan anda semua, babi mudah menghidap penyakit dan dikatakan minimum terdapat 70 jenis penyakit yang senang dihidapi babi. Dan di antara 70 ini, terdapat beberapa yang senang dijangkiti manusia.
Selain itu, kajian sains menunjukkan, pundi najis babi senang bocor. Apabila bocor, najis-najisnya akan merebak masuk ke daging. Ini akan menyebabkan daging babi tercemar dan sekaligus membahayakan pengguna daging babi ini.
3. Pengharaman makan haiwan tidak disembelih :

Islam menyarankan penyembelihan sesuatu haiwan sebelum dimakan
Islam menyarankan penyembelihan sesuatu haiwan sebelum dimakan.
Semua haiwan yang ingin dimakan haruslah disembelih menurut Islam. Hal ini adalah kerana, penyembelihan bertujuan menghilangkan darah-darah kotor yang terdapat di dalam badan haiwan itu. Kegagalan menyembelih urat nadi haiwan ini mengakibatkan darah bergumpalan di dalam badan haiwan itu. Setelah bergumpal, ianya akan mencemari daging haiwan itu dan ianya tidak lagi selamat untuk dimakan oleh orang ramai.
Leher merupakan bahagian penting dalam sembelihan kerana ia menempatkan dua urat penting dalam sembelihan: urat mari’ dan urat halkum yang merupakan salur makanan dan darah. Jika diperhatikan, babi merupakan haiwan yang tidak berleher, dan ini menyukarkan proses sembelihan yang bertujuan untuk menyucikan daging daripada darah tersebut. Oleh itu, ini mungkin juga merupakan hikmah pengharaman daging babi kerana dagingnya sukar dibersihkan walaupun kita cuba menyembelihnya terlebih dahulu.
4. Penggunaan Babi dalam industri hari ini :
Tidak dinafikan, darah dan kandungan lain babi banyak digunakan hari ini seperti dalam pembuatan makanan, ubat-ubatan, pakaian, rokok dan alat-alat kegunaan harian. Bahagian akhir ayat Al-Quran di atas menerangkan tidak berdosa menggunakan peralatan-peralatan ini SEKIRANYA tidak ada alternatif lain yang boleh mengganti alat tersebut. Selain itu, ianya hanya dibolehkan SEKIRANYA berada di dalam keadaan darurat seperti kecemasan dan sebagainya.
Namun, dunia sekarang sudah moden. Banyak kajian-kajian saintis yang telah menemui cara-cara alternatif bagi menggantikan penggunaan bahan-bahan daripada babi dalam kajian mereka. Oleh sebab itu, sudah tidak ada alasan lagi dalam menggunakan produk-produk daripada babi hari ini. WAllahualam.
*asam urat – sisa metabolisme zat-zat yang berasal daripada haiwan yang kita makan. Ia juga berasal daripada pemecahan sel-sel dalam darah yang terjadi secara normal ataupun akibat daripada kesan penyakit yang dihidapi.

tips bercakap baik


Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?
Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.
Credit to iluvislam.com


Jumaat, 21 September 2012

Umpat Yang Di Haruskan.

Umpat Yang Di Haruskan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahwa ghibah atau umpatan hanya diperbolehkan untuk tujuan syara' yaitu yang disebabkan oleh enam hal, yaitu:

1. Orang yang teraniaya boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perka
ra dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur'an surat An-Nisa ayat 148:

"Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. An-Nisa' : 148).

Ayat ini menjelaskan bahwa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma'ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, yaitu Surat An-Nisa ayat 149:

"Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar.
Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma'ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma' ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur'an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasehati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya.
Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.
Wallahu a'lam

Rujukan : Fatwa Imam Suyuthi dan Kitab Siyarussalikin

Rabu, 19 September 2012

khasiat kopi


Khasiat Kopi

baby

Ramai yang mempunyai pandangan dan persepsi negatif terhadap kopi berikutan kesan-kesan yang mereka alami setelah meminum kopi. Malah, ada juga yang terus memadamkan kopi daripada senarai minuman harian mereka. Mungkin mereka tidak mengetahui akan khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Saya juga percaya bahawa ramai lagi masyarakat kita yang masih masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.
Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok. Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).
Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.
Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.
Kini terdapat juga pelbagai jenis minuman kesihatan berasaskan kopi yang boleh didapati di pasaran seperti Kopi Herba dan produk HPA Kopi Radix. Kopi Herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthma dan sembelit. Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi Kopi Herba.
Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.
Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.

Bagi penghidap penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi, pengambilan kopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang positif hanya berlaku jika seseorang itu meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. Kajian turut menunjukkan bahawa kopi tidak mempunyai kesan kardiovaskular seperti peningkatan kadar denyutan jantung, kadar denyutan jantung yang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.
Seorang pesakit darah tinggi, Sarmiah Asun berkata, "Kandungan gula dalam darah saya sentiasa berada pada tahap yang stabil biarpun saya masih meminum kopi. Malah, saya turut tidak mengalami sebarang kesan-kesan negatif pengambilan kopi seperti pening dan letih sepanjang masa. Namun begitu, saya hanya meminum kopi tanpa gula untuk satu hingga dua cawan dalam sehari."
 SAADIAH ALI

Imam ghazali dan pesanan


6 Pesanan Imam Al-Ghazali
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:
1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)
2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
www.rindok.com

terima kasih sudi baca...

Selasa, 18 September 2012

Syair si Lindungan Musafir


cantik tak semestinya kekal ,
bergembira tak semestinya sentiasa ,
lukisan tak semestinya cantik ,
kuat tak semestinya hebat ,
lemah tak semestinya malang ,
putih tak semestinya cantik ,
hitam tak semestinya buruk ,
hidup tak semestinya kekal ,
pangkat tak semestinya tinggi darjat ,
tua tak semestinya matang ,
kaya tak semestinya bahagia ,
miskin tak semestinya hina ,
ujian tak semestinya bala ,
berseorang tak semestinya sunyi ,
ramai tak semestinya teguh ,
selisih tak semestinya bergaduh ,
berbincang tak semestinya bersependapat ,
baik tak semestinya ikhlas ,
sabar tak semestinya bersyukur ,

bersederhanalah dalam apa yang kita buat...dan perkara yang baik adalah amalan sedikit dan berterusan (istiqamah )
tuhanku semestinya tiada tuhan selain Allah..



 p/s:kadang-kadang aku terlupa nikmat tuhan yang diberikan .

terima kasih sudi baca

Isnin, 17 September 2012

BERGERAK YANG MEMBATALKAN SOLAT

BERGERAK YANG MEMBATALKAN SOLAT
Oleh
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
snow-prayer-copy
Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.
Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:
فَارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ……ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا
Maksudnya: “ ulangi solatmu dan solatlah sessunghuhnya engkau belum menyempurnakan solatmu……kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.”
(Riwayat al-Bukhari)

Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakn besar menurut mazhab Syafie.
Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-
  1. KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.
  2. KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.
  3. KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.
  4. KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau
وهو الأصح وقول الأكثرين
Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[1]
Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.
Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Ahad, 16 September 2012

HAJI: ANTARA FALSAFAH, TOKOK TAMBAH DAN NAS


HAJI: ANTARA FALSAFAH, TOKOK TAMBAH DAN NAS

Seorang penceramah haji dalam satu penyampaiannya menyatakan bahawa apabila seseorang melontar di jamrah ketika menunaikan haji dia hendaklah melontar dengan sekuat mungkin dan penuh kemarahan terhadap syaitan yang selalu menghasut kita. Menurutnya, ini kerana jemaah haji ketika itu sedang melontar syaitan yang berada di situ. Para hadirin yang mendengar huraian tersebut ada yang terfikir: Apakah syaitan yang begitu bijak menipu dan menghasut manusia menjadi begitu bodoh sehingga sanggup tunggu di jamrah-jamrah tersebut pada waktu haji untuk membiarkan diri mereka dilontar oleh jutaan manusia?. Dia bertanya kepada saya tentang kekeliruannya itu.

Saya berkata syaitan memang jahat dan dilaknat, namun saya juga tidak fikir untuk mereka menunggu agar dilontar pada hari-hari haji. Saya rasa syaitan tidak sebodoh itu, walaupun dia jahat. Beliau kehairanan dengan jawapan saya. Dia bertanya kebingungan: Habis, apakah agama menceritakan sesuatu yang bohong?. Saya katakan: Tidak! Tetapi ustaz itu yang cuba berfalsafah tentang ibadah tanpa merujuk kepada dalil dan akal yang waras. Entah berapa banyak para penceramah yang ‘sewaktu dengannya’.


Jangan Melampau
Jika penceramah berkenaan membaca dan memahami nas terlebih dahulu, tentu dia tidak membuat huraian yang seperti itu. Dalam hadis daripada Ibn `Abbas, katanya:
“Pada pagi Hari ‘Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama telah membinasakan mereka yang sebelum kamu. (Diriwayatkan oleh al-Nasa’i, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan al-Albani).
Nabi s.a.w dalam hadis ini memuji Ibn ‘Abbas kerana telah mengutip batu-batu yang kecil kerana itu sudah memadai. Tidak benarkan melampaui batas dengan mengutip batu-batu yang melebihi ukuran yang patutnya. Baginda juga mengingatkan bahawa rosaknya agama mereka yang terdahulu adalah kerana melampaui batasan yang diajar oleh para rasul. Dalam ertikata lain, menokok tambah yang bukan-bukan merosakkan agama. Jika batu-batu yang dilontar di ketiga-tiga jamrah itu bertujuan melontar syaitan, tentu tidak memadai dengan anak-anak batu yang kecil itu. Dengan kefahaman yang salah ini jugalah sesetengah jamaah haji dari negara-negara tertentu melontar dengan batu atau bahan lain yang melebihi saiz yang disuruh, yang akhirnya bukan syaitan yang sengsara tetapi jamaah lain yang cedera.
jamrah.jpg
Gambar Hiasan
Sesiapa yang ingin berfalsafah tentang agama ini, hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada nas-nas yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun sebahagian amalan haji itu mempunyai latar sejarahnya seperti kisah Ibrahim melontar syaitan, namun kita yang menunaikan haji melaksanakannya sebagai memenuhi arahan Allah dengan contoh amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Sama seperti kita rukuk, sujud dan segala pergerakan lain dalam solat, kita laksanakannya dengan kaedah dan contoh yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w.
Khurafat
Sesetengah kita pula yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai berbagai kepercayaan yang bukan-bukan. Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal. Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumahnya lagi. Percayaan ini adalah khurafat. Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah!!. Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji. Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara ‘bawa turun’ ke Mekah diadakan. Padahal Nabi s.a.w dan para sahabah yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu semua. Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.
Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar. Bukan sedikit yang kita lihat jamaah haji sesetengah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya. Bahkan beberapa tahun dahulu sebelum telaga Zam-Zam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan. Ada pula yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya.
kiswah.jpg
Gambar Hiasan
Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya ada di Mekah dengan berbagai peralatan canggih. Mengoyak kelampu tersebut bererti memusnah harta awam dan mencuri. Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat?. Perkara seperti ini jika tidak dikawal Dunia Islam akan hanyut seperti sebahagian ajaran tarekat dan syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka. Sebab itu Saiyyidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah s.a.w dan para sahabah melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya, kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr). Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.
Tiada Unsur Keberhalaan
Ajaran Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Umat Islam tidak menyembah Ka’bah, sebaliknya mereka hanya menghadapkan wajah ke arah Ka’bah bagi memenuhi arahan Allah juga kesatuan dalam ibadah. Pada awalnya umat Islam menghadap ke arah Masjid al-Aqsa, kemudian Nabi s.a.w memohon agar dipilih Masjidil Haram sebagai arah kiblat kaum muslimin. Lalu Allah menerima harapan baginda. Maka pemilihan arah kiblat Allah adalah ketetapan Allah untuk kita. Kita tidak menjadikannya seperti agama-agama berhala. Kita hanya tunduk mengabdikan diri kepada Allah. Allah Yang Maha Suci dari menyerupai sebarang makhluk itu tidak diwakili oleh apa-apa objek atau insan atau haiwan. Jika diandaikan Kaabah itu dicabut dan dipindahkan ke negara lain, umat Islam tidak akan mengadap wajah mereka ke arah yang baru itu atau pergi haji ke negara baru hanya kerana Kaabah di situ. Tetap ke arah Masjid Haram dan Mekah yang asal. Bukan objek yang disembah, tetapi menunaikan ibadah berdasarkan arah dan tempah yang diperintahkan Allah. Firman Allah:
(maksudnya): Kerap kali Kami melihat engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang mengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu hadapkan wajahmu ke arah Masjid Al-Haram dan di mana sahaja kamu berada maka hadaplah wajah kamu ke arahnya (Surah al-Baqarah 144).
Dalam sejarah, puak Qaramitah yang amat terkutuk pernah menyerang Mekah, mencuri Hajarul Aswad, membahagi-bahagikan kelambu Kaabah, dan mencuri pintunya. Mereka membawa Hajarul Aswad ke negara mereka Hijr. Hajarul Aswad berada di sana di antara tahun 319H sehimgga tahun 339H. Akhirnya dikembalikan (lihat: Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 11/236, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Namun umat Islam tidak pula menukar tempat haji mereka ketika itu, pergi ke negara Qaramitah tersebut. Kerana, bukan batu yang dipuja. Justeru itu, ‘Umar bin al-Khattab r.a. apabila datang mencium Hajarul Aswad berkata:
“Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hanya Mencontohi Rasulullah
Oleh kerana Rasulullah s.a.w menciumnya sebagai syiar ibadah maka kita pun menciumnya, bukan kerana ia mempunyai sebarang kesaktian atau unsur ketuhanan. Demikian juga tawaf, sa’i, wukuf dan kesemuanya dilakukan dengan kadar yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan dengan akidah yang diajar oleh baginda. Jika ini tidak fahami, maka itulah yang kita lihat ada yang memanjat Jabal Rahmah di Arafah kononnya untuk menyeru nama-nama kaum keluarga atau kenalan agar dapat datang menunaikan haji pada tahun-tahun berikutnya. Padahal perkara-perkara tersebut tidak dilakukan oleh Nabi dan para sahabah. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya petunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya peluang untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah al-Nisa 115).
Berkat Dan Rahmat
Ini bukan bererti kita menafikan unsur keberkatan dan rahmat Allah yang melimpah yang diturunkan di tempat-tempat mulia lagi terpilih tersebut. Allah Maha Mengetahui bahawa hamba apabila merindui Tuhannya, dia ingin merintih, merayu dan mencari tempat dan masa yang dapat menjadi dirinya merasa lebih dekat kepada Tuhannya. Maka dipilih tempat-tempat mulia ini untuk dilimpahi rahmatNya di situ melebihi tempat yang lain seperti Mekah dan Madinah, Zam-Zam dan Kaabah, Mina dan Arafah dan seumpamanya. Seperti mana Allah memilih waktu-waktu yang dilimpahi rahmatNya melebihi waktu yang lain seperti malam al-Qadr, bulan Ramadan, Hari Jumaat, demikianlah juga hari-hari waktu ibadah haji. Maka insan muslim, ketika melalui tempat atau waktu yang dirahmati itu hendaklah segala jiwa dan perasaan mengaitkan sepenuh kerahmatan dan kebaikan yang akan diperolehinya di tempat atau waktu berkenaan adalah kurniaan Allah semata. Hanya daripadaNya sahaja. Allah punca utama segala kebaikan itu; bukan masa, objek ataupun tempat. Jika perasaan dibentuk demikian rupa, maka segalanya menjadi kecil dan kerdil di hadapan jiwa tauhid yang melimpahi ruang keimanan seorang insan.
Untuk Allah Semata
Ibadah haji juga mengajar erti membulat niat dan nekad hanya kerana Allah. Apalah yang menarik jika kota Mekah itu dilihat di sudut muka bumi dan kesuburannya. Lembah yang kering-kontang tanpa tumbuh-tumbuhan. Namun, manusia tidak pernah putus-putus mengunjunginya, sejak Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah yang mulia. Allah memilih tempat yang demikian rupa, agar setiap yang datang ke Mekah tertumpu niatnya untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk melancung dan berseronok suka. Firman Allah:
(maksudnya): “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat (memakmurkannya dengan ibadat) maka jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan, semoga mereka bersyukur. (surah Ibrahim: 37)
Perjuangan Tauhid
Dalam ibadah haji dan umrah, seorang muslim dapat merasai kesinambungan sejarah agama ini, sejak Nabi Ibrahim a.s. sehingga ke hari ini. Perjuangan membela dan menegak tauhid yang kudus dan lurus bukan bermula dalam beberapa hari ini, atau beberapa tahun, bahkan umur perjuangan ini sudah ribuan tahun. Firman Allah:
(maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa: “Wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;. “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara Ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; “Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka al-Kitab (Al-Quran) serta hikmah (sunah atau kebijaksanaan) dan membersihkan mereka . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Baqarah 127-129)
Siapa sangka gerakan yang dimula oleh dua orang nabi, berkesinambungan sehingga ke hari ini. Bagi setiap zaman ada yang meneruskan perjuangan mereka. Sekalipun para pembela tauhid dan menegak titah perintah tulen Tuhan itu akan menghadapi berbagai rintangan yang tidak pernah putus. Ada yang dihina, dituduh, diusir, ada yang dipenjara, ada yang dibunuh dan berbagai penderitaan yang lain. Namun, para penerus perjuangan Ibrahim a.s. tidak pernah putus asa terhadap kebangkitan ajaran Nabi Ibrahim a.s. Ini kerana mereka sedar bukan mereka yang memula dan mengakhiri perjuangan ini. Sebaliknya perjuangan ini telah bermula sejak ribuan tahun dan akan terus ada penyambungnya bagi setiap zaman. Nabi Muhammad s.a.w adalah penyambung agung. Perjuangan ini tidak mati dengan dibunuh atau mati seorang pejuang, kerana hasrat dan seruan perjuangan akan disuburi oleh rahmat dari langit. Jamaah haji mesti menghayati hakikat ini ketika memijak tempat yang telah Nabi Ibrahim a.s. mula perjuangannya.


 Sumber : drmaza.com


p/s: semoga Pak Ngah dan Mak Jang selamat pergi dan balik semasa menunaikan ibadah haji pada tahun ini



terima kasih sudi baca..

berkata kata baik atau diam sahaja


SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata 
tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.    
                                                                           
Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya, 
sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam      
neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat         
at-Tirmizi)                                                               
                                                                           
Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika)   
dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat 
at-Tirmizi)                                                               
                                                                           
Pesan Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah       
kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa
yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”          
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)                                              
                                                                           
Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah,       
seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang       
percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.                
                                                                           
Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut
sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri.                                 
                                                                           
Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. 
                                                                           
Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau    
tidak, hendaklah diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).               
                                                                           
Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu      
sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang
memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain.                           
                                                                           
Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih 
baik berdiam diri saja.                                                   
                                                                           
Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan       
seseorang ke dalam syurga.                                                
                                                                           
Jawab Baginda: “Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak.”                
                                                                           
Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam
neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.”                
                                                                           
Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada 
memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal 
yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan            
melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya 
kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.”
(Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya).                                                
                                                                           
Ibnu Abid-Dunya meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak akan 
lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan   
lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan 
masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”       
                                                                           
Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan
yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah.                           
                                                                           
Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat dan nikmat lidah
yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredai-Nya. 

Posted by Muhammad Al-Fateh


p/s: saya masih belajar untuk bercakap yang baik-baik ...


terima kasih sudi baca...