mam
Malik dilahirkan di sebuah perkampungan kecil yang
bernama Ashbah, yang terletak di dekat Kota Himyar
jajahan Yaman. Nama aslinya ialah Malik bin Anas bin
Malik bin Abi Amir Al-Ashabally. Beliau adalah seorang
ulama besar yang lahir di Madinah serta mempunyai
pengaruh yang sangat besar terhadap dunia Islam.
Ketika
Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di
tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika
itu di Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin
Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjabat
sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah
penceraian atau talak, maka Imam Malik telah
menyampaikan fatwanya, bahawa talak yang dipaksakan
tidak sah, ertinya talak suami terhadap isteri tidak
jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanan dengan kehendak gabenor, kerana
ia tidak mahu hadith yang disampaikan oleh Imam Malik
tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga akhirnya
Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor.
Kemudian
gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali,
dan jangan sampai orang ramai mengetahui akan hal itu.
Walaupun demikian Imam Malik tidak mahu mencabutnya.
Fatwa tersebut tetap disiarkan kepada orang ramai. Talak yang
dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Malik sengaja menyiarkan
fatwanya itu ketika beliau mengadakan ceramah-ceramah
agama, kerana fatwa tersebut berdasarkan hadith
Rasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia.
Akhirnya
Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia
masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan
keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera Kemudian Imam
Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan
dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling
Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya
menarik kembali fatwanya itu.
Mereka
mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu dan hilang
pendiriannya. Tetapi Imam Malik masih tetap dengan
pendiriannya itu. Kerana ketegasannya itu, dia dihukum dengan
sebat sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya
hampir patah. Kemudian ia berkata kepada
sahabat-sahabatnya:
“Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.”
“Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.”
Bagi Imam
Malik hukuman semacam itu, bukanlah mengurangi
pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh jiwanya.
Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada
jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan
pengorbanan. Imam Al-Laits, seorang alim menjadi mufti
Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik
dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku mengharap
semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap
pukulan yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu
tingkat baginya masuk ke syurga.”
Insya Allah.
Insya Allah.
sumber ( 1001 Duka-himpunan kisah-kisah menyayat hati siri 1)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan