...mam
Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau
adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki
sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal
dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun
164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal,
kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya.
Ibnu
Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya
meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit.
Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja
di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun
kain dan kadangkala mengambil upah mengangkat
barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan
yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima
hadiah-hadiah.
Ketika ia
masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar
mengarang dan menghafal Al-Quran. Beliau bekerja keras
dalam menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai seorang ulama
yang sangat banyak ilmunya, Ibnu Hambal pun seorang yang
teguh imannya, berani berbuat di atas kebenaran. Dia tidak takut
bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam menegakkan
kebenaran itu. Kerana Allah memang telah menentukan
bahawa setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji
keimanannya. Termasuk juga para nabi dan rasul yang
tidak pernah lepas dari berbagai ujian dan cubaan.
Ujian dan
cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan
lain-lainnya itu selalu akan mendampingi orang-orang
yang beriman apalagi orang yang menegakkan kebenaran. Demikian
juga halnya dengan Imam Hambali, terlalu banyak bahaya yang
dihadapinya dalam berjuang menegakkan kebenaran agama.
Ujian itu datangnya bermacam-macam kadangkala dari
musuh kita dan dapat juga timbul dari kawan-kawan yang
merasa iri dengan kebolehan seseorang.
Imam
Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang
berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Pendirian
ini begitu kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga barangsiapa
yang bertentangan pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan
mendapat seksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman
sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang ulama bernama
Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa Quran itu adalah
makhluk. Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu menerima
pendapat tersebut. Bahkan terhadap orang yang berpendapat
demikian akan diberi hukuman. Kerana ancaman itu akhirnya Basyar
melarikan diri dari Baghdad.
Sultan
Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang
dan masih dapat berjumpa dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia
dengan cara yang belum pernah aku lakukan terhadap yang lain?”
Selama 20 tahun lamanya Syekh Basyar menyembunyikan
diri dari kekuasaan Sultan.
Tetapi
setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia,
kemudian diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh
Basyar keluar dari persembunyiannya. Kembali ia mengeluarkan
pendapatnya itu, bahawa Quran itu adalah makhluk.
Al-Amin juga sependirian dengan ayahnya tidak setuju
dengan pendapat tersebut. Ia mengancam berat terhadap
orang yang mengatakan Quran itu makhluk.
Kemudian
kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin
iaitu Al-Makmun. Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah
pendapat tentang Quran itu makhluk mula diterima. Al-Makmun
sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian. Pada
suatu kali oleh Al-Makmun diadakan pertemuan para ulama
besar, untuk membincangkan hal itu, tetapi para ulama
tetap berpendapat bahawa Al-Quran itu adalah makhluk.
Al-Makmun mengharapkan supaya pendapat itu diterima
orang ramai.
Pada masa
itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa
“Al-Quran itu bukan makhluk?” Hanyalah Imam Hambali.
Secara terus terang ia berkata di hadapan Sultan:“Bahawa
Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah
Kalamullah.”
Imam
Hambali satu-satunya ulama ketika itu yang berani
membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa.
Kemudian ia ditangkap dan dihadapkan ke hadapan baginda. Ia dipanggil
bersama tiga orang ulama yang lainnya, iaitu Imam Hassan
bin Muhammad Sajah, Imam Muhammad bin Nuh dan Imam
Ubaidah bin Umar. Kedua ulama di antara mereka sama
menjawab dan membenarkan pendapat baginda sementara
Imam Hambali dan Imam Muhammad bin Nuh dengan tegas
menjawab bahawa Quran itu bukanlah makhluk. Keduanya lalu
dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa hari dalam penjara
datang surat dari Tharsus yang meminta supaya keduanya
dibawa ke sana dengan dirantai.
Kedua
ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan
tangannya dan ditunjukkan di hadapan orang ramai.
Kemudian dibawa ke Tharsus, sesampainya di sana keduanya dimasukkan
ke dalam penjara. Kerajaan mempunyai seorang ulama besar
bernama Ahmad bin Abi Daud, yang pandai berbicara namun
lemah dalam pendirian.
Terhadap
Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman
yang seberat-beratnya. Baginda raja menerima usulan
tersebut. Lalu Imam Hambali dihadapkan depan raja dan ditanyakan
tentang pendiriannya. Namun ia tetap menyampaikan pendiriannya
bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah bukan makhluk.
Dan ia menegaskan lagi bahawa ia tidak akan berubah
dari pendiriannya itu.
Akhirnya
terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda
sendiri. Kemudian baginda memanggil Imam Hambali dan
berkata: “Atas nama saya sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW
saya akan memukul engkau beberapa kali, sampai engkau membenarkan
apa yang telah saya benarkan, atau mengatakan seperti
yang saya kata?” Kerana Imam Hambali masih tetap dengan
pendiriannya, maka baginda memerintahkan kepada
perajuritnya untuk memukul Imam Hambali.
Ketika
cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau
mengucapkan “Bismillah.” Ketika cambuk yang kedua,
beliau mengucapkan “La haula
walaa quwwata illaa billah” (tiada daya dan kekuatan
apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk yang ketiga
kalinya beliau mengucapkan “Al-Quran kalaamullahi
ghairu makhluk” (Al-Quran adalah kalam Allah bukan makhluk). Dan
ketika pada pukulan yang keempat, beliau membaca surah
At-Taubah ayat 51.
-
“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami.”
Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah.
Akhirnya
beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu
hari ketika Imam Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan
tangan yang terbelenggu, seorang yang alim bernama Abu
Ja’far Al-Anbari menghampiri beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya:
“Hai Abu Ja’far apakah engkau susah melihat keadaanku?”
“Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana
umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau
mahu menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat
akan mengikutimu, dan bila engkau tidak mahu menjawab,
maka umat juga tidak mahu menjawab seperti apa yang
ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh orang,
pasti engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah
engkau mahu menuruti kehendak mereka.”
Mendengar
kata-kata Ja’far itu beliau mencucurkan air mata dan
berkata: “Masya-Allah!, Masya-Allah!, Masya-Allah!.
Kemudian beliau pun dikunjungi oleh bekas penjahat bernama Abdul
Haitsam Al-Ayyar dan berkata kepada beliau: “Wahai Imam, saya
ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu
cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan
saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka
janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab
engkau dalam kebenaran.”
Ketika
Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833
M) setelah memerintah 20 tahun lamanya, yang mengganti
beliau ialah saudaranya yang bernama Ishaq Muhammad
bin Harun Al-Rasyid yang bergelar dengan Al-Muktashimbillah. Sebelum
Khalifah Al-Makmun meninggal dunia beliau telah berpesan
kepada bakal penggantinya itu bahawa faham Al-Quran itu
makhluk harus dipertahankan.”
Kebijaksanaan
kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak
sependirian dengan faham kerajaan itu atas dasar
hasutan seorang ulama kerajaan yang bernama Qadhi Qudhoti Ahmad
bin Abi Daud (Daud). Ulama inilah yang memberikan usulan kepada
Al-makmun bahawa jika Imam Ahmad bin Hambal tetap
tidak mahu mengikuti bahawa Al-Quran itu makhluk
hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat.
Setelah
kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud
masih tetap menjadi qadi kerajaan. Pada suatu hari
Qadi kerajaan ini cuba mengadili Imam Hambali dengan melakukan
perdebatan akhirnya Ahmad bin Daud kalah kerana tidak dapat
mengemukakan alasan yang lebih kuat. Walaupun demikian
Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke dalam penjara.
Pada
bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali
diadakan lagi. Khalifah Al-Muktashim bertanya: “Al-Quran
itu adalah baru, bagaimana pendapat anda.” “Tidak!, Al-Quran adalah
kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana di
dalam Al-Quran dan hadith tidak disuruh membahas soal
tersebut.” Jawab beliau.
Beliau
dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan
puasa. Baginda berkata: “Kalau kamu merasa sakit dengan
pukulan ini, maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al-Quran
itu makhluk, supaya kamu selamat.”
Penderaan
pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa
tali seluar yang menutup auratnya putus dan hampir
turun ke bawah. Beliau pun mengangkatkan mukanya ke atas
sambil berdoa: “Ya Allah!, atas namaMu yang menguasai Arsy, bahawa
jika Engkau mengetahui bahawa saya adalah benar, maka
janganlah Engkau jatuhkan penutup aurat ku.” Ketika
itu pula seluar beliau yang akan jatuh itu naik ke atas
kembali sehingga aurat beliau tidak jadi terlihat oleh
orang ramai.
Penyeksaan
terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai
maghrib. Para hakim dan orang- orang hadir kemudian
berbuka puasa di hadapan beliau. Sementara beliau dibiarkan saja
tidak diberi sesuatu makanan untuk berbuka. Demikianlah
seterusnya, pada hari yang kedua pun beliau masih tetap
didera sampai seluruh badannya mencucurkan darah. Pada
hari ketiga beliau masih tetap didera sehingga
pengsan.
Setelah
Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan
puteranya Al-Watsiq. Pada masa ini banyak penganiayaan
dilakukan terhadap para ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang
memancung leher ulama terkenal yakni Ahmad bin Naser Al-Khuza’i.
Kepala Ahmad bin Naser digantung dan diletak tulisan
yang berbunyi: “Inilah kepala Ahmad bin Naser yang
tidak mahu mengakui bahawa Al-Quran itu makhluk, maka
Tuhan memasukkan Ahmad bin Naser ke dalam neraka,
kepala ini menjadi peringatan bagi mereka yang memalingkan
dirinya dari kiblat.” Demikianlah tulisan yang diletakkan dekat
leher Ahmad bin Naser.
Kemudian
Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan
dengan saudara beliau yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada
masa inilah dicabut tentang faham muktazilah dan diadakan
pembebasan terhadap semua ulama yang ditahan, termasuk Imam Ahmad
bin hambal. Sementara itu Imam Hambali setelah dibebaskan
beliau diberi hadiah sebanyak l0,000 dirham, namun
hadiah tersebut beliau tolak. Kerana dipaksa untuk
menerimanya, akhirnya beliau terima dan
dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Pada hari
Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau
meninggal dunia yang fana ini dengan tenang dalam usia
77 tahun. Setelah mendengar wafatnya beliau, seluruh
Kota Baghdad menjadi gempar jenazah beliau disembahyangkan lebih
dari 130,000 orang muslimin. Demikian berakhirnya riwayat
seorang penegak kebenaran dan meninggikan ilmu
pengetahuan, setelah melalui berbagai seksaan dan
penganiayaan. Semoga mereka yang berjuang pada jalan
Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu mendapat keberkahannya
dan keredhaanNya.
Banyak
lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya
menerima ujian dan cubaan dengan berbagai penganiayaan
dan seksaan.
Firman Allah ertinya:
“Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan.
“Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)
diambil dari (www.darulnuman.com)
sumber ( 1001 Duka-himpunan kisah-kisah menyayat hati siri 1)
terima kasih sudi baca..
(Al-Ankabut: 2-3)
diambil dari (www.darulnuman.com)
sumber ( 1001 Duka-himpunan kisah-kisah menyayat hati siri 1)
terima kasih sudi baca..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan