Sabtu, 15 September 2012

Kisah usahawan terulung Islam


Abdul Rahman Bin Auf bin Abdul Harith bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luayyi Al Quraisyi Az Zuhri lahir 10 tahun selepas tahun gajah dan membesar sebagai seorang pemuda yang teguh peribadi dan memiliki karismatik yang berkualiti.
Beliau mendapat pendidikan awal dengan sifat berani, tegas, toleransi, zuhud dan dermawan. Selain menjadi ahli ekonomi yang berwibawa dan amanah, beliau merupakan antara sepuluh orang sahabat yang dijamin syurga dan salah seorang dari 6 anggota mesyuarat untuk memilih khalifah selepas wafatnya Al Farouk rha.
Beliau wafat pada tahun 31 hijriyyah dalam usia 73 tahun dan di maqamkan di Baqi'
Sebelum Islam
  • Menjauhi penyembahan berhala, maksiat dan mungkar.
  • Persekitaran hidup dalam keluarga mulia dan bermaruah.
Selepas Islam
  • Orang yang kelapan memeluk agama Islam.
  • Menyertai program perkaderan di Darul Arqam.
  • Melakukan hijrah ke Habsyah sebanyak dua kali dan akhirnya ke Madinah Al Munawwarah.
  • Menyertai semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah
 (iluvislam.com)


Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf:

1. Sikit, tapi untung
Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar.

Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).
Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut! Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham

2. Banyakkan sedekah atau infak
Berapa ramai antara kita yang selalu bersedekah apabila mendapat kesenangan? Bilasudah mahu miskin, baru terlintas ingin bersedekah? Itu adalah konsep yang salah, seharusnya kita bersedekah ketika senang dan sihat!




3. Usaha secara berterusan
Kita lihat kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga. Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau gulung tikar.


4. Keyakinan yang jitu kepada Allah
Orang beriman dan bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.

sumber (abangisaifuddin.com)

Semasa sahabat aku menunaikan Umrah , dia mengatakan yang keturunan Abdul Rahman bin Auf ini masih meneruskan tradisi perniagaan di sana dan perniagaan mereka masih kukuh dan berjaya di sana .


Terima kasih sudi baca ...











Tiada ulasan:

Catat Ulasan